Thursday, September 22, 2011

Woohoo Pancing di Teluk Kampir dan Pantai Kerachut


Lokasi Woohoo: Teluk Kampir dan Pantai Kerachut, Pulau Pinang.
Waktu: September 2011

Ceritanya:
Trip memancing ni sebenarnya tidak dirancang awal. Sepatutnya waktu Hari Raya minggu pertama aku dan ayah mertua plan gi memancing memandangkan keadaan air laut sangat cantik mengikut kalendar Melayu. Tetapi disebabkan kondisi mata ayah mertua aku bengkak kerana disembur bisa En.charlie(kumbang rove) maka trip memancing cancel on the spot. 
Lepas sampai balik ke Putrajaya, aku terima mms gambar ikan ikan dipancing ayah. Boleh tahan jugak hasil tangkapan tu. Terus garu kepala sebab iri hati tak dapat join. Maka mula la aku mencari idea macam mana aku nak gi mancing memandangkan 2 joran baru custom made aku belum dirasmi lagi apatah lagi dapat lesen. Setelah dihitung hitung cuti, nasib baik ada cuti panjang hari malaysia. Terus aku maklum ke ayah mertua untuk balik Penang waktu cuti tu. Respon yang diterima, trip memancing ON. Yes berjaya jugak hehehe...

Jeti nelayan Sungai Pinang
Kami ambil bot di jeti Sungai Pinang di Balik Pulau. Seramai 6 orang join trip memancing kali ini... masalah trip mancing kali ni adalah kurang umpan hidup seperti udang. Adoi, nasib baik ada umpan timbang.. belasah jer la. hehehe....
Hutan Bakau Sg Pinang
vroom vroom... top speed...
Kami terus pecut ke Teluk Kampir sebab risau bot tak boleh keluar jeti sebab air laut semakin surut. Nasib baik tak de masalah yang berlaku. Sambil sambil tu kami try jugak menjala umpan. Umpan belanak banyak tetapi udang hidup kurang. Jadi la hehehe...
Udang takde la.. belanak ada la dalam 20 ekor
Sampai di lokasi memancing  masing masing terus menghunuskan senjata dan mencangkuk umpan lalu dilempar ke laut. Dalam 10 minit menunggu, zasss... kail Haji Ali mengena. Kerapu pertama berjaya didaratkan. Kemudian satu persatu ikan kerapu naik bot. Macam macam kerapu ada antaranya kerapu panau, kerapu singa dan  kerapu karang.   
ready... set... go...
Selesai jer port ni kami plan tukar port lain. Tapi sebelum tu nak jugak try menjala dekat Teluk Kampir. Mana la tau banyak udang.. Malangnya selepas 4, 5 kali tebar jala... hasil yang dapat agak hampeh... En Buntal ada la... kekeke
Teluk Kampir
Misi menebar jala... hohoho
Lubang Penyu Bertelur
En Umpun Umpun alien
En Buntal Lawok...
Air sungai pun ada.... leh buat mandi... sejuk gak..
Selesai menjala kami pun sambung memancing ke port kedua... kali ni agak ke tengah sedikit dekat batu besar. Respon agak baik cuma ikan kurang menarik sebab banyak ikan duri dan agak bernasib baik kami dapat seekor semilang sesat. Boleh tahan jugak saiz... ikan of the match buat trip kali ni. hehehe
Man of the match... Pakcik Ali
Ni la ayah mertua aku.... huhuhu
Selain ikan yang disebut tadi, antara hasil pancing yang kami dapat adalah ikan gelama, En buntal, En Ketam dan En karang mati kekekeke... kami try jugak memancing di Pantai Kerachut untuk menduga ikan kerong aka En vampire tapi tiada respon... air pun agak keruh waktu tu... nasib la. Sekali skala nampak jugak En Penyu menimbulkan diri, first time bagi aku tengok penyu live dekat habitat dia.. agak teruja jugak hehehehe..
Panas tapi best... nasib baik bot ada bumbung...
Balik Time...
Memandangkan Hari dah semakin petang dan respon ikan agak kurang kami setuju untuk pulang. Sebelum tu sempat jugak kami siar siar jap.Antara benda yang menarik kami jumpa En Memerang yang power tangkap ikan dan Batu Penyu mendarat. Sory la gambar memerang tak sempat nak snap.. hehehe
Sapa nampak batu penyu mendarat
ni la hasil pancingan trip kali ni
Yang ni ikan yang aku pancing... dapat 5 kerapu.
Tu je la story buat kali ni... Balik jer rumah abang ipar aka abang mamat terus ajak aku ikut trip mancing pada 4 oktober ni. Tapi trip kali ni pancing dekat tengah laut... sory la sebab aku tak leh join sebab hari bekerja... next time ok.. :D 

Monday, July 25, 2011

Woohoo Bukit Tabuh



Lokasi Woohoo: Bukit Tabuh, Klang Gate
Waktu: Julai 2011

Ceritanya:
Jika ikut skrip asal, sepatutnya aktiviti kali ini adalah untuk melawat semula air terjun Berkelah di Pahang. Memandangkan ramai rakan rakan yang tidak berkesempatan untuk turut serta walaupun aku telah meracun, menuba, dan mengaran diorang akhirnya hanya Yusman saja yang free. Berikutan itu kami merancang semula aktiviti kali ini. Lokasi yang dituju..... mendaki Bukit Tabuh di Klang Gate. Wahahahaha.... dah lama tak mendaki, boleh ke ni....
Makan time...
Pukul 7.30 pagi aku dah tercegat depan rumah Yusman di Ulu Klang. Nasib baik dia pun dah ready time aku sampai. Aku tak tahu jalan ke Bukit Tabuh ni.. ingatkan jauh.. rupanya dekat jer... Sebelum mendaki kami makan dulu... Santapan agak berat sedikit, roti canai banjir satu... lepas tu singgah kedai beli air botol. Benda ni amat penting. Yela! kat atas bukit mana ada air...
Ramai jugak yang dah sampai dulu
Selesai makan kami tuju ke kaki Bukit Tabuh. Rupanya ramai yang dah naik bukit jika dihitung dengan jumlah kereta yang parking dekat situ. Nasib baik ada parking dekat, kalau tak mesti kena menapak jauh.Hohohoho... 
Klang Gate Dam
Rupanya dari kawasan tinggi Bukit Tabuh kita boleh lihat permandangan yang cukup indah. Jika diamati disebelah kiri adalah empangan Klang Gate manakala disebelah kanan adalah pembangunan penempatan di Ulu Klang..
Lalat Giant
Antara kejutan yang aku jumpa adalah kelibat lalat sebesar 20 sen sedang hinggap di daun paku pakis. Kalau katak jumpa mesti dia bedal ni.. kenyang seminggu hohohoho..
Auww... malu i..
Sepanjang pendakian ramai jugak pendaki kami bertembung. Kebanyakannya amat ramah ramah dan mudah untuk dibawa menyembang. Boleh lepak lepak sekejap untuk hilangkan penat. Waktu kami mendaki, aku tanya dekat Yusman "jauh lagi ke puncak Broga". Saja nak buat joke untuk mengalihkan fokus penat. Tiba tiba terdengar suara amoi cute yang menyapa. "Sini bukan Broga la... itu dekat Negeri Sembilan." Hahahaha kami pun  ketawa kecil... 
Antara hikers yang naik sekali..
Kami sampai ke puncak dalam pukul 12 lebih. Nasib baik hari itu cuaca agak mendung, jika tidak pasti terasa bahang matahari. Trek di puncak agak mencabar dan perlu berhati hati sebab laluan semakin sempit, bertebing dan curam. Jadi kena la bersabar sedikit.  Jika waktu mendaki di puncak ramai orang... ambil lah giliran untuk  mendaki satu persatu. Kalau hendak memotong que pun, minta la kebenaran dulu. Apa yang penting, keselamatan harus diutamakan. Memandangkan cuaca sudah semakin panas kami ambil keputusan untuk keluar dari bukit. kami ambil exit trekking  menyusuri dusun buah. Banyak jugak buah, maklumlah tengah musim durian sekarang ni... Kami tengok je la... lagi pun bukan hak kita untuk ambil buah situ. Salah Hukum nya. 
Sopan tak i...
Peace... jangan jealous
Best siot tempat ni..
Selesai menuruni bukit kami terus cari air untuk cas semula badan. Kemudian kami singgah sungai untuk mandi. Seronok juga mandi dekat situ. Airnya tenang, kurang berbatu dan agak dalam. Ternampak jugak kelibat ikan berenang renang dekat sungai tu.... lokasi sungai  ini agak tersorok tetapi memang cantik.

p/s: Pendakian bukit kali ini memang puas. Balik timbang berat badan memang ada perubahan positif... terbaek...

Wednesday, July 20, 2011

Woohoo Mengkuang Dam Pulau Pinang

Lokasi Woohoo: Mengkuang Dam Pulau Pinang
Waktu: Julai 2011

Ceritanya:
Minggu lepas aku balik kampung wife di  Penang sebab ada majlis kahwin saudara rapat. Memandangkan majlis akad nikah petang, wife ajak pergi Mengkuang Dam atau dalam bahasa melayu Empangan Mengkuang semata mata untuk mengisi masa lapang pada awal pagi. Tempat ni memang aku tak pernah singgah, so wife aku la kena tunjuk jalan. Ntah macam mana tengah leka sembang, kami terlajak jalan dan berlakulah kesesatan jalan.. hahahaha nasib baik ada uncle cina tu bagi tau kiteorang sesat... kalau tak habis hutan mana kami terjah.

]Simpang masuk ke Mengkuang Dam ni memang kurang jelas. Jadi kena la pandu perlahan untuk cari jalan masuk. Masuk adalah percuma, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah riadah seperti berkelah dan berjoging. Fotografi pun boleh sebab tempat ni memang bersih dan CANTIK.. Bagi kaki kaki pancing, sini memang diharamkan memancing. Jadi ia jadi satu kesalahan. Geram jugak bile kita tengok ikan talapia merah, toman dan sebarau juvenil main main di gigi gigi air.Kalau tak comfirm aku seleongkar kereta keluar gewang hahahaha....
Sara: Tata... tata

Peace no war

Nasib baik Ijat ada jadi camerawoman...

Wife + Sara + Ijat + Zack

Tu dia ikan... kalau tak nampak klik image bagi besau..

Sara: Cak hehehe....

Sara: Mama... buh daun kat sini baru nampak cantik...

Sara : Nak buat peace jugak
Persinggahan kami tak lama, sebab kebetulan awan mulai mendung dan hujan mula turun rintik rintik... berpeluh kami berlari ke kereta, yela sebab kami bawak baby.. nanti demam pulak kena hujan... walau singkat tapi memang best.... 

p\s: waktu keluar kat pintu masuk tetiba nampak ada banner pesta durian... macam best... makan sampai lebam hahaha....

Monday, July 4, 2011

Woohoo Larian 1 Murid 1 Sukan SK Presint 14 Putrajaya

Lokasi Woohoo: Presint 14 Putrajaya
Waktu: Julai 2011

Ceritanya:
Fariz yang ajak pergi larian ni.... ditambah racun Hana yang menambah untuk ajak aku join sekali mewakili ofis tempat kerja. Muahahaha.... nasib baik dekat jer dengan rumah aku. Jalan kaki 5 minit pun boleh sampai. Memandangkan aku free time tu dan penyertaan kali ini akan dicatat dalam Malaysia's Book of Record maka aku pun join la... hahahaha. 
Secara rasmi  kami telah mencipta rekod...
Pukul 6.30 am aku dah standby... Pukul 7 fariz suruh aku tunggu depan jalan rumah aku.. Aku ingat pergi sana naik kereta rupanya kena jalan kaki jeng... jeng... jeng... "Biar betul.... " saja buat buat terkejut macam tempat tu jauh.
Gigih jalan kaki dari Presint 15 ke SK Presint 14
Apesal tak sampai sampai lagi
Yeah... dah sampai ;)
Sampai sampai semua dah start lari.... Haru... apa lagi, kiteorang baik punya cilok cecah dagu terus masuk join lari sekali hahaha...
Laju la sikit fariz...
Slow la ko Fariz hahaha...
Naper tiba tiba senget muahahaha~
Aku ingat kena lari keliling Presint 14, rupanya kena keliling sekolah jer.... hahahaha.... jadi la.... Waktu kiteorang dah nak balik tetiba Si Teettt... sms kata baru bangun.... lari dalam mimpi jer la hahahaha. Jangan marah... nanti kena jual... muahahahaha....
Best weh... walaupun rasa macam jalan jalan jer...
Peace yaw... kami atlit bukan artis ;)