Lokasi Woohoo: Bukit Tabuh, Klang Gate
Waktu: Julai 2011
Ceritanya:
Jika ikut skrip asal, sepatutnya aktiviti kali ini adalah untuk melawat semula air terjun Berkelah di Pahang. Memandangkan ramai rakan rakan yang tidak berkesempatan untuk turut serta walaupun aku telah meracun, menuba, dan mengaran diorang akhirnya hanya Yusman saja yang free. Berikutan itu kami merancang semula aktiviti kali ini. Lokasi yang dituju..... mendaki Bukit Tabuh di Klang Gate. Wahahahaha.... dah lama tak mendaki, boleh ke ni....
Makan time... |
Pukul 7.30 pagi aku dah tercegat depan rumah Yusman di Ulu Klang. Nasib baik dia pun dah ready time aku sampai. Aku tak tahu jalan ke Bukit Tabuh ni.. ingatkan jauh.. rupanya dekat jer... Sebelum mendaki kami makan dulu... Santapan agak berat sedikit, roti canai banjir satu... lepas tu singgah kedai beli air botol. Benda ni amat penting. Yela! kat atas bukit mana ada air...
Ramai jugak yang dah sampai dulu |
Selesai makan kami tuju ke kaki Bukit Tabuh. Rupanya ramai yang dah naik bukit jika dihitung dengan jumlah kereta yang parking dekat situ. Nasib baik ada parking dekat, kalau tak mesti kena menapak jauh.Hohohoho...
Klang Gate Dam |
Rupanya dari kawasan tinggi Bukit Tabuh kita boleh lihat permandangan yang cukup indah. Jika diamati disebelah kiri adalah empangan Klang Gate manakala disebelah kanan adalah pembangunan penempatan di Ulu Klang..
Lalat Giant |
Antara kejutan yang aku jumpa adalah kelibat lalat sebesar 20 sen sedang hinggap di daun paku pakis. Kalau katak jumpa mesti dia bedal ni.. kenyang seminggu hohohoho..
Auww... malu i.. |
Sepanjang pendakian ramai jugak pendaki kami bertembung. Kebanyakannya amat ramah ramah dan mudah untuk dibawa menyembang. Boleh lepak lepak sekejap untuk hilangkan penat. Waktu kami mendaki, aku tanya dekat Yusman "jauh lagi ke puncak Broga". Saja nak buat joke untuk mengalihkan fokus penat. Tiba tiba terdengar suara amoi cute yang menyapa. "Sini bukan Broga la... itu dekat Negeri Sembilan." Hahahaha kami pun ketawa kecil...
Antara hikers yang naik sekali.. |
Kami sampai ke puncak dalam pukul 12 lebih. Nasib baik hari itu cuaca agak mendung, jika tidak pasti terasa bahang matahari. Trek di puncak agak mencabar dan perlu berhati hati sebab laluan semakin sempit, bertebing dan curam. Jadi kena la bersabar sedikit. Jika waktu mendaki di puncak ramai orang... ambil lah giliran untuk mendaki satu persatu. Kalau hendak memotong que pun, minta la kebenaran dulu. Apa yang penting, keselamatan harus diutamakan. Memandangkan cuaca sudah semakin panas kami ambil keputusan untuk keluar dari bukit. kami ambil exit trekking menyusuri dusun buah. Banyak jugak buah, maklumlah tengah musim durian sekarang ni... Kami tengok je la... lagi pun bukan hak kita untuk ambil buah situ. Salah Hukum nya.
Sopan tak i... |
Peace... jangan jealous |
Best siot tempat ni.. |
p/s: Pendakian bukit kali ini memang puas. Balik timbang berat badan memang ada perubahan positif... terbaek...
hehehe sokong!!!..perut kempis skit kan?
ReplyDeletebukan kempis banyak ker hahaha...
ReplyDelete