Tuesday, October 4, 2011

Woohoo Fraser Hill


Lokasi Woohoo: Fraser Hill
Waktu:Lupa (sorry tiba tiba hilang ingatan)

Ceritanya:
Aku dan kawan aku Yusman asalnya nak cari port picnic best dan boleh pancing pancing sekali. Dari Ulu Kelang sampai Kuala Kubu Bharu kami jelajah. Part yang best sekali kami naik motor kapcai jer... kekeke... Memang syok raider long distance camni nasib baik tak patah pinggang.  
Empangan Sungai Selangor

Ramai jugak orang kami jadikan mangsa bertanya sepanjang pencarian port best ni. Sampai Ah So kedai runcit pun kami tanya. Mana la tau ada cadangan cadangan bernas yang boleh kami jadikan panduan. Maklumlah kami tak biasa lagi kat tempat ni apatah lagi ride kali ini tanpa sebarang peta ataupun GPS. Agak agak korang, cool tak kalau motor kapcai pasang GPS. Hehehehe....
Sedara Sungai Chilling

Penemuan lokasi best yang kami temui adalah hutan rekreasi Sungai Chilling. Syok jugak lokasi ni, air sejuk, bersih dan nyaman. Dengar dengar kat tempat ni ada Santuary Ikan Kelah. Tetapi tak sempat explore. Sungai ni sesuai jugak kalau nak berendam untuk  sejam dua. Tapi memandangkan hari dah lewat, aku dan Yusman bercadang  mencari tempat penginapan yang berdekatan. Tetapi perancangan itu meleset sama sekali kerana cari punya cari kami dah sampai Bukit Fraser atau lebih dikenali Fraser's Hill. Giler jauh tersasar dari zon lokasi pencarian. Yang paling tak tahan sekali naik motor kapcai jer.
Dah sampai Fraser Hill buat pertama kali :D
Memandangkan budget kami ciput, terus kami tanya kaunter hotel. "Bang bilik mana paling murah." Nasib baik ada kekeke....  Siap brader kaunter tu tanya kiteorang naik apa datang sini. Tanpa segan silu kami kata naik motor kapcai jer... hahahaha... Dia ingat kami naik superbike maklumlah dress up code macam naik motor besar...
Sejuk ooo... lagi trill kalau pakai seluar pendek jer...
Menjelang malam kami ronda ronda bukit ni naik motor. Tup tup kena tahan polis depan balai. Mengelabah jugak la, habis kami kena soal siasat. Nasib baik tak kena saman sebab helmet tak pakai, side mirror motor hilang. Dalam otak dah pikir habis la kopak duit. Secara automatiknya kami berdiplomasi dengan polis tersebut dan akhirnya berjaya jugak mengelak dari saman. Terima kasih sebab lepas kan kami, kami sedar kami salah dan polis hanya menjalankan tugas.
Pose!! pose!!
Keesokkannya kami ronda semua hotspot atas bukit ni... trill jugak, maklumlah jalan berkabus. Seronok jugak tempat ni sebab tempat ni sejuk, permandangan english stail, mendamaikan dan sesuai untuk orang bercuti yang mempunyai kepala serabut. kakakaka...

p/s: mana la aku letak gambor aku pose sebelah keta lotus hijau... tetiba missing... ;(


No comments:

Post a Comment