Lokasi Woohoo: Mengkuang Dam Pulau Pinang
Ceritanya:
Minggu lepas aku balik kampung wife di Penang sebab ada majlis kahwin saudara rapat. Memandangkan majlis akad nikah petang, wife ajak pergi Mengkuang Dam atau dalam bahasa melayu Empangan Mengkuang semata mata untuk mengisi masa lapang pada awal pagi. Tempat ni memang aku tak pernah singgah, so wife aku la kena tunjuk jalan. Ntah macam mana tengah leka sembang, kami terlajak jalan dan berlakulah kesesatan jalan.. hahahaha nasib baik ada uncle cina tu bagi tau kiteorang sesat... kalau tak habis hutan mana kami terjah.
]Simpang masuk ke Mengkuang Dam ni memang kurang jelas. Jadi kena la pandu perlahan untuk cari jalan masuk. Masuk adalah percuma, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah riadah seperti berkelah dan berjoging. Fotografi pun boleh sebab tempat ni memang bersih dan CANTIK.. Bagi kaki kaki pancing, sini memang diharamkan memancing. Jadi ia jadi satu kesalahan. Geram jugak bile kita tengok ikan talapia merah, toman dan sebarau juvenil main main di gigi gigi air.Kalau tak comfirm aku seleongkar kereta keluar gewang hahahaha....
|
Sara: Tata... tata |
|
Peace no war |
|
Nasib baik Ijat ada jadi camerawoman... |
|
Wife + Sara + Ijat + Zack |
|
Tu dia ikan... kalau tak nampak klik image bagi besau.. |
|
Sara: Cak hehehe.... |
|
Sara: Mama... buh daun kat sini baru nampak cantik... |
|
Sara : Nak buat peace jugak |
Persinggahan kami tak lama, sebab kebetulan awan mulai mendung dan hujan mula turun rintik rintik... berpeluh kami berlari ke kereta, yela sebab kami bawak baby.. nanti demam pulak kena hujan... walau singkat tapi memang best....
p\s: waktu keluar kat pintu masuk tetiba nampak ada banner pesta durian... macam best... makan sampai lebam hahaha....
No comments:
Post a Comment