Tuesday, May 31, 2011

Woohoo Zoo Negara Again~

Lokasi Woohoo: Zoo Negara
Waktu: Mei 2011

Ceritanya:

Dah lama tak post cerita pasal travel. Beginning of the story... adik bongsu aku selalu complen kat mak dia tak pernah pergi zoo. Yela.. dalam album gambar banyak gambar pergi zoo masa abang dia kecik kecik. Kesian pulak aku tengok adik aku sorang ni... Dengan selambanya aku kata "simpan la duit kalau nak pergi zoo". Bukan apa, saja jer nak didik budak budak hargai duit. kalau tak habis pemadam kat kedai buku sekolah kena borong. Beli  banyak banyak buat apa pun tak tau.

Ok, start cerita... kami gerak ke zoo dari Petaling Jaya dalam pukul 12 tengah hari. Waktu tu memang tak sedap hati skit sebab awan mendung. So kami tawakal jer la... dalam 45 minit kami sampai ke lokasi. Dengan automatiknya hujan turun dengan lebat waktu nak beli tiket. Aku gagahkan jugak beli tiket dengan harapan hujan turun sekejap jer. Kami masuk ke pintu masuk Zoo Negara, disebabkan masih hujan kami ronda ronda kedai cenderahati dekat situ. Macam biasa, aku terus target beli magnet untuk koleksi magnet peti ais aku. Dulu pernah pergi tapi terlupa beli magnet. Kira macam bahan bukti aku pernah jejak kat situ la.Aku beli magnet katak hijau macam kat gambar ni.... Hehehe...
Untuk post ni aku nak kongsi adegan gambar- gambar yang aku tangkap... contohnya gambar burung botak ni... Boleh pulak selambe je dia jadi pak pacak kat kunci air tasik tu. Aku rasa tu memang keja dia kot.. kawal air masuk ke tasik kakakaka.....
Cube teka apa nama burung ni.... Nama dia Mike... Burung ni baru lepas makan.. kebetulan lalu kat situ nampak penjaga dia suapkan buah.. ngada ngada betul burung ni... aku pun makan sendiri tau hehehe
Yang ni scene harimau tengah lapor sampai nak makan member sendiri.. ni baru ikut peribahasa member makan member.. hohohoho... Sebenarnya harimau ni baru bangun tido.. yela tadi kan hujan.. sedap jer tido...
Gambar ni haiwan paling bertamadun aku pernah jumpa, korang rasa orang utan ni tengah watpe... jeng..jeng..jeng.. rahsia~ ni untuk save idea for next post.. mungkin aku akan masukkan dalam photokepoh.blogspot.com hehehe... jangan marah yer...
 
Cer teka depa dua ekor ni buat apa, mungkin gosip pasal artis kot kekekeke...Sebenarnya mamat 2 ekor ni pernah try audition untuk movie hollywood. Kira dasyat la jugak, agak agak untuk movie apa yer...
Woohoo... Ni la family aku, alhamdulillah setakat ni baby Qaisara ok. Baik jer tak kacau orang. Mama sayang Papa. Papa sayang Mama. Hehehehe...
Papa: Qaisara senyum... hohohoho
Sara: Macam mana nak senyum papa... Sini banyak lembu besar.. takutt...
Papa: Papa ada... papa kan superman

Tempat ni aku belum pernah masuk waktu trip sebelum ni. Mungkin aku x perasan atau tempat ni baru ada. Lagi pun lokasi dia dekat bahagian zoo hujung sekali. Mungkin ramai orang yang x perasan tempat ni wujud...  kena bubuh sigh besar bagak kot.. hehehehe.
Ni ikan paling cantik aku jumpa dekat tempat tu... Sekilas aku tengok macam watak cerita avatar pun ada... kalau korang nak tengok gambar ikan ni lagi try la visit blog photokepoh.blogspot.com aku. Saja nak buat blog lain  khas untuk berkenaan photography sahaja hehehehe...
Yang best sekali berkenaan trip ni... Aku puas snap gambar.. sampai habis bateri kamera aku kerjakan... hahahaha~ Woohoo... korang dah gi zoo negara?


4 comments:

  1. Memang terhibur dengar cerito ko dowh! hohoho!

    ReplyDelete
  2. hehehehe..diam2 berisi kan dear...ekekeke

    ReplyDelete
  3. Memang ko sudah berisi~~wakakakaka!

    ReplyDelete
  4. Yer aku dah berisi... penuh dengan otot otot pejal hahahaha...

    hohoho... tq atas komen komen +ve... korang memang rock~

    ReplyDelete