Lokasi Woohoo: Putrajaya
Waktu: Mei 2011
Ceritanya:
Semua rakyat Malaysia dikehendaki sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah kerana terdapat ancaman psycho yang melakukan jenayah dengan menembak gambar sesuka hati menggunakan kamera barunya tanpa kebenaran. Psycho ini melakukan jenayah tersebut tanpa motif yang diketahui. Sehingga kini terdapat lebih 200 kes yang seumpamanya dilaporkan kepada pihak berkuasa. Terdapat sumber menyatakan, individu tersebut telah meroyan akibat kamera kalis air nya telah tidak kalis air lagi. Sumber juga memaklumkan, kamera itu telah dimasuki air laut ketika aktiviti menyelam snorkling di Pulau Pangkor baru baru ini. Kamera tersebut telah meroyan dan mabuk laut sehingga ia telah dikenalpasti rosak pada minggu lepas.
Kes ancaman jenayah psycho ini dilaporkan bermula pada 16 Mei 2011 setelah wife psycho tersebut memujuk nya dengan menghadiahkan kamera baru Nikon DSLR D5100 yang telah dilancarkan pada April lalu. Psycho tersebut telah menggunakan kelebihan senjatanya dengan menembak gambar tanpa mengira masa. Senjata tersebut didapati mampu menembak dengan detail pada waktu malam, mempunyai kelengkapan night vision, 180 degree LCD screen, selective color effect, HD movie recording dan pelbagai lagi.
Justeru semua rakyat Malaysia dikehendaki menyembunyikan diri di dalam rumah bagi mengelak menjadi mangsa psycho tersebut. Perintah berkurung ini perlu dilakukan sehingga dimaklumkan oleh pihak berkuasa kemudian.
Sumber :Tak BERNAMA tv
Lihat sumber youtube untuk mengetahui kelebihan senjata dan modus operandi psycho tersebut:
No comments:
Post a Comment