Tuesday, May 31, 2011

Woohoo Zoo Negara Again~

Lokasi Woohoo: Zoo Negara
Waktu: Mei 2011

Ceritanya:

Dah lama tak post cerita pasal travel. Beginning of the story... adik bongsu aku selalu complen kat mak dia tak pernah pergi zoo. Yela.. dalam album gambar banyak gambar pergi zoo masa abang dia kecik kecik. Kesian pulak aku tengok adik aku sorang ni... Dengan selambanya aku kata "simpan la duit kalau nak pergi zoo". Bukan apa, saja jer nak didik budak budak hargai duit. kalau tak habis pemadam kat kedai buku sekolah kena borong. Beli  banyak banyak buat apa pun tak tau.

Ok, start cerita... kami gerak ke zoo dari Petaling Jaya dalam pukul 12 tengah hari. Waktu tu memang tak sedap hati skit sebab awan mendung. So kami tawakal jer la... dalam 45 minit kami sampai ke lokasi. Dengan automatiknya hujan turun dengan lebat waktu nak beli tiket. Aku gagahkan jugak beli tiket dengan harapan hujan turun sekejap jer. Kami masuk ke pintu masuk Zoo Negara, disebabkan masih hujan kami ronda ronda kedai cenderahati dekat situ. Macam biasa, aku terus target beli magnet untuk koleksi magnet peti ais aku. Dulu pernah pergi tapi terlupa beli magnet. Kira macam bahan bukti aku pernah jejak kat situ la.Aku beli magnet katak hijau macam kat gambar ni.... Hehehe...
Untuk post ni aku nak kongsi adegan gambar- gambar yang aku tangkap... contohnya gambar burung botak ni... Boleh pulak selambe je dia jadi pak pacak kat kunci air tasik tu. Aku rasa tu memang keja dia kot.. kawal air masuk ke tasik kakakaka.....
Cube teka apa nama burung ni.... Nama dia Mike... Burung ni baru lepas makan.. kebetulan lalu kat situ nampak penjaga dia suapkan buah.. ngada ngada betul burung ni... aku pun makan sendiri tau hehehe
Yang ni scene harimau tengah lapor sampai nak makan member sendiri.. ni baru ikut peribahasa member makan member.. hohohoho... Sebenarnya harimau ni baru bangun tido.. yela tadi kan hujan.. sedap jer tido...
Gambar ni haiwan paling bertamadun aku pernah jumpa, korang rasa orang utan ni tengah watpe... jeng..jeng..jeng.. rahsia~ ni untuk save idea for next post.. mungkin aku akan masukkan dalam photokepoh.blogspot.com hehehe... jangan marah yer...
 
Cer teka depa dua ekor ni buat apa, mungkin gosip pasal artis kot kekekeke...Sebenarnya mamat 2 ekor ni pernah try audition untuk movie hollywood. Kira dasyat la jugak, agak agak untuk movie apa yer...
Woohoo... Ni la family aku, alhamdulillah setakat ni baby Qaisara ok. Baik jer tak kacau orang. Mama sayang Papa. Papa sayang Mama. Hehehehe...
Papa: Qaisara senyum... hohohoho
Sara: Macam mana nak senyum papa... Sini banyak lembu besar.. takutt...
Papa: Papa ada... papa kan superman

Tempat ni aku belum pernah masuk waktu trip sebelum ni. Mungkin aku x perasan atau tempat ni baru ada. Lagi pun lokasi dia dekat bahagian zoo hujung sekali. Mungkin ramai orang yang x perasan tempat ni wujud...  kena bubuh sigh besar bagak kot.. hehehehe.
Ni ikan paling cantik aku jumpa dekat tempat tu... Sekilas aku tengok macam watak cerita avatar pun ada... kalau korang nak tengok gambar ikan ni lagi try la visit blog photokepoh.blogspot.com aku. Saja nak buat blog lain  khas untuk berkenaan photography sahaja hehehehe...
Yang best sekali berkenaan trip ni... Aku puas snap gambar.. sampai habis bateri kamera aku kerjakan... hahahaha~ Woohoo... korang dah gi zoo negara?


Thursday, May 19, 2011

Woohoo News : Psycho kill the fish color using DSLR 5100

Lokasi Woohoo: Presint 15,Putrajaya
Waktu: Mei 2011

Ceritanya: 
Berikut adalah rakaman video yang telah tersebar dicelah celah youtube. Berdasarkan rakaman tersebut didapati semua warna warna ikan telah di perkotak katikkan menjadi warna hitam putih. Psycho tersebut menggunakan effect color picker untuk mengasingkan warna.

p/s: Criminal profiler says: "This psycho love 'green' so much..." 

Woohoo News: List "m@ngs@" terbaru psycho

Lokasi Woohoo: Putrajaya
Waktu: Mei 2011

Ceritanya:

Berikut adalah laporan dan gambar mangsa yang kami terima. Dikuartiri jumlah mangsa semakin bertambah dari hari ke hari. 

Sumber:Tak Bernama Tv

Mangsa 1: Sara "the baby comey"
Pengakuan mangsa 1: 
bubuubuubuuu...... bububuuuubuuuu....... heeeeheeeheee...... haahuu.... hahaahuuu... hachoooo.... hachoooo...  ekkk... ekkk... huuuuuu...Zzzzzzzz.......... 
p/s mangsa didapati tertidur ketika memberikan keterangan mungkin disebabkan mangsa masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Mangsa 2: "Tokey kedai tudung"
Pengakuan mangsa 2: 
Mai na mummy nak habaq.... sat tadi tengah duk elok try pakai tudung baru... apa orang putih kate... 'fitting', lebih kurang camtu la... tiba-tiba datang mai orang senget mana tah, tangkap gambaq mummy.... klik sana.. klik sini.. terkejut mummy... rupe lagu dah cam model pun ada... dah sudah tangkap gambaq, apa lagi mummy pun tukar tudung len.. dia mai lagi tangkap gambaq mummy... habis 15 kali mummy ke hulu ke hiliq masuk bilik tukaq pakai tudung... nasib baik kepala tak tergeliat...
p/s: alang alang hangpa dah mai sini, beli la tudung kat mummy.. murah ja... macam macam ada. try masuk kat sini.. http://babymanjamall.blogspot.com/ eh lupa la mummy.. kedai tudung tak siap lagi... tunggu naa.. mai la tengok barang baby dulu.. :D
Mangsa 3: Si burung Belatuk
Pengakuan mangsa 3:
Cipp... cipp... cippp....
cipp.. cipcip.... teeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt~
p/s: tu jer pengakuan mangsa sebab bateri sarang burung ni dah habis...
Mangsa 4: Peace

Bukti mangsa: Dipaksa menjadi buah mangga ketika outing
Pengakuan mangsa 4:
Saya sebuah buah..... mangga...
p/s: ntah tak paham aku... apa apa je la.. :P
 

Monday, May 16, 2011

Woohoo News : Psycho got new "Gun" DSLR D5100

Lokasi Woohoo: Putrajaya
Waktu: Mei 2011

Ceritanya:
Semua rakyat Malaysia dikehendaki sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah kerana terdapat ancaman psycho yang melakukan jenayah dengan menembak gambar sesuka hati menggunakan kamera barunya tanpa kebenaran. Psycho ini melakukan jenayah tersebut tanpa motif yang diketahui. Sehingga kini terdapat lebih 200 kes yang seumpamanya dilaporkan kepada pihak berkuasa. Terdapat sumber menyatakan, individu tersebut telah meroyan akibat kamera kalis air nya telah tidak kalis air lagi. Sumber juga memaklumkan, kamera itu telah dimasuki air laut ketika aktiviti menyelam snorkling di Pulau Pangkor baru baru ini. Kamera tersebut telah meroyan dan mabuk laut sehingga ia telah dikenalpasti rosak pada minggu lepas.


Kes ancaman jenayah psycho ini dilaporkan bermula pada 16 Mei 2011 setelah wife psycho tersebut memujuk nya dengan menghadiahkan kamera baru Nikon DSLR D5100 yang telah dilancarkan pada April lalu. Psycho tersebut telah menggunakan kelebihan senjatanya dengan menembak gambar tanpa mengira masa. Senjata tersebut didapati mampu menembak dengan detail pada waktu malam, mempunyai kelengkapan night vision, 180 degree LCD screen, selective color effect, HD movie recording dan pelbagai lagi.

Justeru semua rakyat Malaysia dikehendaki menyembunyikan diri di dalam rumah bagi mengelak menjadi mangsa psycho tersebut. Perintah berkurung ini perlu dilakukan sehingga dimaklumkan oleh pihak berkuasa kemudian.

Sumber :Tak BERNAMA tv

Lihat sumber youtube untuk mengetahui kelebihan senjata dan modus operandi psycho tersebut:

Thursday, May 12, 2011

Woohoo Aquaria KLCC


Lokasi Woohoo: Aquaria KLCC
Waktu: Julai 2009

Ceritanya:

Ni la moment first dating aku. Aku tak pandai sangat cari port port dating ni.. Punya la penat aku memerah otak akhirnya berjaya jugak aku memikirkan tempat yang sesuai untuk dikunjungi, Aquaria KLCC. Dah lama aku dengar citer citer dari mulut orang pasal tempat ni...  aku pun tak pernah masuk lagi.. So gamble jer la dating kat tempat ni huhuhuhu....

 
Kadar harga tiket with mykad = Adult "RM35"/ Child "RM25" / Senior Citizen "RM25"

Kadar harga tiket without mykad = Adult "RM45"/ Child "RM35" / Senior Citizen "RM25"

"piranha tank"

So aku pun beli 2 tiket dewasa... hehehhe... kebetulan waktu masuk dekat pintu masuk ada pertunjukan feeding time ikan piranha dalam kul 4 ptg... So kami pun tgk la, dasyatttt wooo.... sekejap jer ikan kembung tu hilang dari pandangan. Pantas giler.. tulang pun hilang...
geli gelaman ikan ni

jerung

"patrick" starfish


Selepas tu kami pun gerak ke tangki lain untuk lihat hidupan marin lain. Aku terpandang tangki yang menempatkan ikan jerung kecil, gamat dan starfish "Patrick". Yang menariknya, pengunjung dibenarkan pegang hidupan marin ni... apa lagi kami pantang diajak, habis semua ikan tu kami gomol gomol... hahahaha....

Poison Frog

Iguana

Ular comel

Kura kura "Dinosour"


Sudah selesai kami bermain, kami pergi pula ke depan untuk lihat binatang lain seperti cicak, ular, spider, biawak, salamander, kura kura dan macam macam lagi.. yang pelik sekali antara haiwan yang kami tengok adalah kura kura macam dinosour.... serius memang macam haiwan pra sejarah...


Turtle

Pari Giant

Penyu

Bila kami berjalan kehadapan lagi, tiba lah kami ke terowong  aquarium. Kagum dan terpaku... seolah olah kami sedang menyelam di dasar lautan... semua pergerakan hidupan marin dapat dilihat dengan jelas.. Rasa seperti tidak mahu berganjak dari tempat kami berdiri...
Sapa tak nampak ikan.. dia anak luar nikah.haha

Setelah selesai meronda di dalam aquaria kami singgah pula ke kedai cendermata... Kata dating... so kena la beli barang kenang kenangan.... aku satu... si dia satu... hehehehe... lepas tu kami singgah minum di luar aquaria... sebab penat berjalan... memang enjoy dan puas hati... berbaloi baloi... woohoo~

Tuesday, May 10, 2011

Woohoo Jeti Kuala Perlis, Perlis

Lokasi Woohoo: Jeti Kuala Perlis, Perlis
Waktu: September 2009

Ceritanya:

Jeti Kuala Perlis, satu lagi lokasi yang menarik untuk dikunjungi... Waktu kami datang adalah waktu sunset iaitu matahari terbenam... Indah sungguh permandangan ketika itu, langit mega jingga... Jeti Kuala Perlis adalah salah satu laluan melalui feri untuk ke Pulau Langkawi. Tapi tujuan kami ke sini bukan untuk ke Pulau Langkawi, tetapi adalah aktiviti makan besar bersama keluarga dan saudara mara.... hahahaha sapa la yang kena belanja tu...

Cantik kan...
"family time"
"Mangsa kena Paww" :P


Dekat Jeti Kuala Perlis, ada medan selera makanan laut yang famous... betul betul tepi laut... Ramai yang datang makan dekat sini. Dekat sini ada ketam, ikan, kerang, kepah, lala, sotong, udang, remis, mentarang dan macam macam lagi lah...senang cakap semua makanan laut ada kat sini...cakap je nak masak masakan apa..bakar? goreng? tiga rasa? macam macam ada...aku nak listpun x larat...huhuhuhu..

Kerang & Kepah
Ketam
Ikan Ikang
Korang kenal ke ni? "Mentarang"

Kesimpulannya kat sini masakannya memeng tip top.. licin kiteorang bedal... kesian kat orang yang kena paww tuh... hahahahaha.. Open table "gaji first kan"... apa apa pun tima kasih banyak banyak yer.. semoga dimurahkan rezeki... enjoy sangat..

Untuk makluman semua, makan kat sini x de lah mahal sangat kalau nak di bandingkan kat KL...bezanya macam langit dan bumi tau... woohoo best best... bila la nak gi sana lagi..:)


Woohoo Me and Yuna @ Pangkor


"Peace" jangan Jealous
Lokasi Woohoo: Feri Pulau Pangkor
Waktu: Jun 2009

Ceritanya:
Dah lama gambar ni aku simpan dalam facebook dan PC. Cume tak post dalam blog sebab baru nak rajin jadi blogger... hahahhaha...

"Action...." Yuna Tengah Shooting

Seronok kenangan ni.... kebetulan jumpa Yuna and the Gang buat shoot atas Feri Pangkor... Senyap senyap jer diorang shoot atas feri... Agak terkejut aku time terterjah diorang tengah shoot... Mana la aku tau ada shooting time tu....

Candid....

Anyway diorang memang sporting habis terutamanya Yuna... Memang sempoi... hehehehe... woohoo~

Monday, May 9, 2011

Woohoo Bandar Melaka "Bandaraya Bersejarah"


Lokasi Woohoo: Bandar Melaka
Waktu: Nov 2010


Ceritanya:

Abang ipar dari Penang ajak kami pergi Melaka.. Woohoo..... Tanpa pikir panjang kami setuju ler.  Melaka adalah tempat yang menarik untuk mengenali sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Banyak museum dekat sini.. sampai longgar lutut nak explore semua... hahahahhaha tapi bukan selalu penat gini, boleh jadikan sebagai exercise..





Tempat yang pertama kami tuju adalah mengunjungi mercu tanda baru negeri Melaka.... "Menara Taming Sari". Tiket dewasa RM10 seorang, kanak kanak RM5 seorang. Menarik juga naik menara ni... boleh lihat Bandar Melaka 360° dari latitude tinggi... Gayat jugak naik menara ni huhuhuhu....
Tiket Menara Taming Sari

Dalam Lif Menara Taming Sari


 Kemudian kami singgah tempat-tempat peninggalan sejarah sekeliling Bandar Melaka seperti kubu portugis, meriam, kapal portugis, museum, A Famosa, taman larangan dan Istana Kesultanan Melaka. Banyak lagi sebenarnya tapi kami dah tak larat jalan... Ada jugak yang x larat jalan naik beca... pandai pandai... tapi kena bayar la servisnya... hehehehhe

Kapal Portugis

Kubu Portugis

Istana Melaka

Azim: "Pakcik... OK tak pose ni"

A Famosa

Info Melaka River Cruise... Best ni..
 Lagi satu perkara menarik di Melaka adalah menaiki cruise menyusuri Sungai Melaka. Harga tiket dewasa RM10, kanak kanak RM5.. Group tiket dapat diskaun 20%....  Kesimpulan yang saya dapat buat, Melaka memang menarik, indah dan cantik... Jom lawat Melaka huhuhuhu....