Sunday, May 2, 2010

Woohoo Air Terjun Serendah "Second Trip"


Lokasi Woohoo:Air terjun Serendah
Waktu: Mei 2010

Ceritanya:

Trip ini adalah untuk survey lokasi menarik bagi trip bersama kawan kawan nanti. Tempat ni memang best, air pun hijau... tanpa melengah masa orang yang membaca blog aku. aku upload banyak banyak gambar untuk post kali ini... enjoy...

ni kolam pertama..
OLYMPUS DIGITAL CAMERA


ni kolam ke dua...
OLYMPUS DIGITAL CAMERA


ni kolam ke tiga...
OLYMPUS DIGITAL CAMERA


ni kolam ke empat...
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

aku dengar cerita... kat atas lagi best... huhuhuhu... sapa berani nak gi... :)

Sunday, April 18, 2010

Woohoo Pantai Merdeka


Lokasi Woohoo:Pantai Merdeka
Waktu: April 2010

Ceritanya:
Minggu lepas aku balik kampung, tetiba isteri aku khabar kat ayahnya aku nak gi mancing. Nasib baik muka aku tak merah padam. Buat muka selamba jer la. So depa ajak la aku mancing kat pantai merdeka. Aku tak pernah sampai lagi kat situ.

Dalam kul 9 malam kami bertolak. Ala-ala gerak khas gitu. Bawa semua kelengkapan perang yang perlu. Sampai sana aku ada juga tinjau-tinjau apa yang ada di lokasi. Cantik juga tempat tu... ada pantai merdeka resort, tempat makan yang selesa, toilet, benteng pantai yang kemas, lampu, dan macam-macam lagi la...

Waktu tiba kat pantai, air laut surut... aku buat la aktiviti menjala. Banyak juga spesies hidupan laut yang ditemui macam ikan todak, ikan sebelah, udang lipan, udang rimau, udang geragau, ikan lada, ikan gelama, ikan belanak, ikan duri, ikan buntal, umang-umang dan macam macam lagi... seronok menjala ni, kalau mancing mahu ambik masa lama baru boleh tengok ikan... sebab tu orang kata mancing kena ada kesabaran yang tinggi... Anyway aku mahu kata thanks kat isteri aku sebab buat trip plan ni.... muahhh xoxoxo ~

Wednesday, April 14, 2010

Woohoo Air Terjun Serendah


Lokasi Woohoo:Air Terjun Serendah
Waktu: Okt 2009

Ceritanya:
Tempat ni diceritakan oleh saudara aku, dia kata best dan boleh mancing kat situ. So aku try la ajak family aku picnic kat situ sbb waktu tu cuaca panas melampau. Rimas duk kat rumah... hehehehe...

Bagi orang baru nak pergi tempat ni, agak susah jugak. Kalau rajin tanya orang maybe cepat sampai. Aku pun ingat ingat lupa, aku cuba xplain skit skit arahannya. cari signboard arah Serendah, sampai pekan cari signboard kg dato haron, pastu masuk jalan kecik ke kg orang asli Hulu Melaka. Sampai di penghujung jalan terus jumpa air terjun Serendah. Tak payah trekking jauh-jauh. kalau x jumpa, rajin rajin tanya orang... jangan salahkan aku ek...

Tempat ni agak best, tapi hati hati kalau bawak budak kecik. sebab kat bawah air terjun tu agak dalam dan berpasir. Hohohoho... Tapi tempat ni agak sesak sbb ramai orang. Kalau nak tempat tak ramai orang, try cari port kat atas air terjun sbb kat situ pun best jugak... huhuhuhu....

Monday, April 12, 2010

Woohoo Sungai Selangor


Lokasi Woohoo:Sungai Selangor
Waktu: Jun 2008

Ceritanya:
Trip ni dah lama gi. Disebabkan aku baru kenal blog, so aku cuba la ingat skit skit untuk diceritakan dalam post ni. Asalnya trip ni langsung tidak dirancang. Waktu ni masih bujang. Aku plan ngan kawan nak gi mancing kat area Kuala Kubu Bharu. Kayuh- kayuh tetiba dah sampai Empangan Sungai Selangor. Cantik tempat ni, kalau tak silap kat sini ada perkampungan orang asli, kelah santuary, sungai Chilling dan banyak tempat tempat yang menarik boleh dikunjungi. Banyak kali aku azam nak pegi explore suma tempat. tapi tak kesampaian sebab banyak clash dengan event lain. Takpo, tahun ni aku azam akan gi.... tapi tak gi sesorang la sebab aku nak trekking cari air terjun sg chilling... maybe aku akan ajak kawan2 n my wife skali... insyaallah~ gambor ni aku tangkap dari "helikopter private" aku... kebetulan lintas sungai.. so aku snap lah... cantik kan!!!~