Lokasi Woohoo:Pantai Merdeka
Waktu: April 2010
Ceritanya:
Minggu lepas aku balik kampung, tetiba isteri aku khabar kat ayahnya aku nak gi mancing. Nasib baik muka aku tak merah padam. Buat muka selamba jer la. So depa ajak la aku mancing kat pantai merdeka. Aku tak pernah sampai lagi kat situ.
Dalam kul 9 malam kami bertolak. Ala-ala gerak khas gitu. Bawa semua kelengkapan perang yang perlu. Sampai sana aku ada juga tinjau-tinjau apa yang ada di lokasi. Cantik juga tempat tu... ada pantai merdeka resort, tempat makan yang selesa, toilet, benteng pantai yang kemas, lampu, dan macam-macam lagi la...
Waktu tiba kat pantai, air laut surut... aku buat la aktiviti menjala. Banyak juga spesies hidupan laut yang ditemui macam ikan todak, ikan sebelah, udang lipan, udang rimau, udang geragau, ikan lada, ikan gelama, ikan belanak, ikan duri, ikan buntal, umang-umang dan macam macam lagi... seronok menjala ni, kalau mancing mahu ambik masa lama baru boleh tengok ikan... sebab tu orang kata mancing kena ada kesabaran yang tinggi... Anyway aku mahu kata thanks kat isteri aku sebab buat trip plan ni.... muahhh xoxoxo ~
No comments:
Post a Comment