Monday, May 9, 2011

Woohoo Pancing Sungai Selangor, Bukit Beruntung


Lokasi Woohoo: Sungai Selangor, Bukit Beruntung
Waktu: Mac 2010


Ceritanya:


Ni trip mancing dengan pakcik aku yang otai-otai. Kira pemancing tegar jugak la. Walaupun tak dapat ikan, tak pernah pun melunturkan semangat diorang untuk memancing.


Sungai Selangor

Aku: "frust ker... hahahha"
Pakcik A : "Padan muka, ikan tak makan"

Pakcik B: "Sape kate... Padan muka ko balik"

Untuk sesi mancing ni dapat sekor ikan jer, lampam saiz "mega"... boleh la... tapi agak penat jugak la... mungkin bukan lubok dia kot... tak pun umpan tak sesuai... kakakaka...



Kebetulan waktu mancing petang tu kami dikejutkan dengan segerombolan lembaga hitam sedang berkawad... agak panik jugak la... sebab kalau nak lari option yang ada adalah terjun sungai hahahaha.... ye la time tu, kerbau tu pun terkejut jugak nampak kiteorang... siap bagi warning lagi... berdengus dengus bunyi dia.... nasib baik kami dan kerbau kerbau tu profesional.... rilek buat dunno jer la.... Tobat tak mau pancing kat sini lagi kakakaka

Sunday, May 8, 2011

Woohoo Bukit Melawati Kuala Selangor

   
Lokasi Woohoo: Bukit Melawati, Kuala Selangor
Waktu: Mac 2011


Ceritanya:

Selepas singgah ke Pantai Remis, kami sampai pula di Bukit Melawati Kuala Selangor. Tempat ni merupakan peninggalan sejarah kesultanan negeri Selangor. Banyak yang boleh belajar melalui museum terletak di atas bukit ni. Untuk naik bukit ni, aku pilih untuk naik traktor macam keretapi ni... Naik naik ni kena bayar tiket.. Dia akan bawak kita keliling tempat tempat menarik sekeliling Bukit Melawati.. Di atas bukit ni ada rumah api yang cantik.. sesuai untuk aktiviti bergambar.. huhuhu



Lagi satu perkara yang menarik di Bukit Melawati, lokasi ni memang banyak spesies monyet. Monyet dekat sini tak la ganas sangat... masih boleh didekati lagi... memang monyet ni tunggu pelancong untuk beri makan. Kalau monyet nampak makanan comfirm anda akan dikerumuni tapi jangan panik... bagi jer la makanan tu... kalau habis kata la kat monyet tu habis hahahhaa



Bukit Melawati ni memang banyak perkara "mistik".  Salah satu nya lembaga misteri ni kekekeke..

Saturday, May 7, 2011

Woohoo Pantai Remis Tanjung Karang

Lokasi Woohoo: Pantai Remis, Tanjung Karang
Waktu: Mac 2011


Ceritanya:

Trip ni sebenarnya, trip balik ke kampung Sabak Bernam. On the way tu kami singgah ke Pantai Remis Tanjung Karang.

Tempat ni memang terkenal dengan kerang bakar. Semuanya hasil laut fresh. Selain kerang, ada tiram, mentarang, kepah, kupang,lala dan macam-macam lagi.

Di sini pun ada jual hasil laut macam ikan masin dan belacan. Selain itu  petshop pun ada. Aku nampak la rabbit comel kat situ... makcik kedai tu pun bagi harga offer kat aku... jadi terbeli la rabbit tu hahahaha... aku beli sepasang mana la tau beranak pinak nanti... boleh jual rabbit online kakakakaka....

Secara keseluruhan lawatan aku kat sini agak santai dan enjoy.... woohoo~

Woohoo "Labor Day Holiday" @ Pangkor Island

Lokasi Woohoo:Pulau Pangkor
Waktu: Mei 2011
Ceritanya:

Bermula idea pergi ke pangkor setelah wife aku kata ada cuti panjang bulan Mei sempena Hari pekerja. Wot..wot.. ><

Setelah buat perkiraan bajet... aku propose wife, holiday kat pulau pangkor. Bajet aku sikit jer... dalam RM1700 jer... Dalam percutian ni aku ajak keluarga mertua dengan family aku pergi sekali. Ada la dalam 15 orang pergi. Semuanya aku sponsor berdasarkan bajet aku la....


Dengan bajet tu aku tempah bilik family room satu, deluxe room satu. Total cost RM750. Nama resort.. "Budget Resort"... bajet tak.. bajet tak... bajet kan... ;)

Walaupun bajet... servis resort amat baik... aku tak aspek layanan VIP.. asalkan bersih dan selesa aku dah puas hati..

Dalam percutian ni aku bawak wife gi snorkling sebab dia belum pernah experience snorkling bersama ikan-ikan..

Aktiviti kedua yang penting adalah makan... Bab makan memang aku tak kesah.. bajet tak terhad, memang aku dah pasang niat nak belanja family makan besar.. kebetulan masa ayah mertua aku pergi mancing ada nelayan bagi dia ketam besar... kami pun mintak la restoran masak sekali.. memang puas hati, isi tebal. tapi agak mencabar nak makan sebab kulit ketam ni keras. spesis ketam batu karang.. bajet makan malam selama 2 malam aku spend dalam RM400.

Baki bajet aku buat tampung kos beli sotong kering, ikan bilis pangkor, kos perjalanan, beli cenderamata dan lain-lain... Alhamdulillah semuanya enjoy... Woohoo..