Sunday, April 18, 2010

Woohoo Pantai Merdeka


Lokasi Woohoo:Pantai Merdeka
Waktu: April 2010

Ceritanya:
Minggu lepas aku balik kampung, tetiba isteri aku khabar kat ayahnya aku nak gi mancing. Nasib baik muka aku tak merah padam. Buat muka selamba jer la. So depa ajak la aku mancing kat pantai merdeka. Aku tak pernah sampai lagi kat situ.

Dalam kul 9 malam kami bertolak. Ala-ala gerak khas gitu. Bawa semua kelengkapan perang yang perlu. Sampai sana aku ada juga tinjau-tinjau apa yang ada di lokasi. Cantik juga tempat tu... ada pantai merdeka resort, tempat makan yang selesa, toilet, benteng pantai yang kemas, lampu, dan macam-macam lagi la...

Waktu tiba kat pantai, air laut surut... aku buat la aktiviti menjala. Banyak juga spesies hidupan laut yang ditemui macam ikan todak, ikan sebelah, udang lipan, udang rimau, udang geragau, ikan lada, ikan gelama, ikan belanak, ikan duri, ikan buntal, umang-umang dan macam macam lagi... seronok menjala ni, kalau mancing mahu ambik masa lama baru boleh tengok ikan... sebab tu orang kata mancing kena ada kesabaran yang tinggi... Anyway aku mahu kata thanks kat isteri aku sebab buat trip plan ni.... muahhh xoxoxo ~

Wednesday, April 14, 2010

Woohoo Air Terjun Serendah


Lokasi Woohoo:Air Terjun Serendah
Waktu: Okt 2009

Ceritanya:
Tempat ni diceritakan oleh saudara aku, dia kata best dan boleh mancing kat situ. So aku try la ajak family aku picnic kat situ sbb waktu tu cuaca panas melampau. Rimas duk kat rumah... hehehehe...

Bagi orang baru nak pergi tempat ni, agak susah jugak. Kalau rajin tanya orang maybe cepat sampai. Aku pun ingat ingat lupa, aku cuba xplain skit skit arahannya. cari signboard arah Serendah, sampai pekan cari signboard kg dato haron, pastu masuk jalan kecik ke kg orang asli Hulu Melaka. Sampai di penghujung jalan terus jumpa air terjun Serendah. Tak payah trekking jauh-jauh. kalau x jumpa, rajin rajin tanya orang... jangan salahkan aku ek...

Tempat ni agak best, tapi hati hati kalau bawak budak kecik. sebab kat bawah air terjun tu agak dalam dan berpasir. Hohohoho... Tapi tempat ni agak sesak sbb ramai orang. Kalau nak tempat tak ramai orang, try cari port kat atas air terjun sbb kat situ pun best jugak... huhuhuhu....

Monday, April 12, 2010

Woohoo Sungai Selangor


Lokasi Woohoo:Sungai Selangor
Waktu: Jun 2008

Ceritanya:
Trip ni dah lama gi. Disebabkan aku baru kenal blog, so aku cuba la ingat skit skit untuk diceritakan dalam post ni. Asalnya trip ni langsung tidak dirancang. Waktu ni masih bujang. Aku plan ngan kawan nak gi mancing kat area Kuala Kubu Bharu. Kayuh- kayuh tetiba dah sampai Empangan Sungai Selangor. Cantik tempat ni, kalau tak silap kat sini ada perkampungan orang asli, kelah santuary, sungai Chilling dan banyak tempat tempat yang menarik boleh dikunjungi. Banyak kali aku azam nak pegi explore suma tempat. tapi tak kesampaian sebab banyak clash dengan event lain. Takpo, tahun ni aku azam akan gi.... tapi tak gi sesorang la sebab aku nak trekking cari air terjun sg chilling... maybe aku akan ajak kawan2 n my wife skali... insyaallah~ gambor ni aku tangkap dari "helikopter private" aku... kebetulan lintas sungai.. so aku snap lah... cantik kan!!!~

Sunday, April 4, 2010

Woohoo Pantai Remis Kuala Selangor


Lokasi Woohoo:Pantai Remis Kuala Selangor
Waktu: April 2010

Ceritanya:
Bapak aku ajak aku n wife pergi memancing sembilang di pantai remis. Aku pun agak terkejut jugak tetiba di ajak gi mancing memandangkan dia pun dah lama tak mancing. waktu last mancing sama pun waktu aku sekolah rendah. Rupa rupanya tempat keja dia wat pertandingan memancing memandangkan tahun ni ngan tahun lepas xde family day. Jadi la wat hepi hepi day walaupun kecil kecilan. Kalau ikut plan, kul 9 malam bertolak dari PJ sebab acara mancing start kul 12 malam. Maka siap lah kelengkapan berperang aku, sampai jala pun aku bawak untuk menangkap anak ikan wat umpan. Kul 11 aku sampai ke lokasi di Kg Sembilang. aku pun tak tau kenapa kg tu dipanggil Kg Sembilang, maybe banyak ikan sembilang kot. Apa yang aku tahu disitulah terletak pantai remis. Di situ banyak restoran seafood, super meriah!!! mungkin sedap sampai menjilat jari kot. waktu tu tak berkesempatan makan kat situ sebab organizer kata ada acara makan BBQ. Lepas parking kereta, aku terus punggah barang then pasang khemah. nasib baik ada bawak genset bagak, sampai laut pun terang benderang. aku tengok genset tu cam transformer pun ada, silap silap bleh bertukar jadi autobot, muahahahha.... kebetulan waktu sampai air laut masih pasang, terus aku melemparkan senjata ke laut. teringin jugak nak dapatkan ikan sembilang... cam orang ngidam plak.. hehehehe... tapi apakah daya.... tetiba air laut terus surut bersama ikan ikan dilaut. iskh...
nasib baik ada BBQ, habis 4 ekor kembung, 2 ikan cencaru, sekilo kerang, sekilo remis jadi santapan malam tu... sampai x larat nak kunyah... lepas makan terus aku tido memandangkan air laut masih surut.. Kul 6 pagi air baru pasang semula. terus aku mancing menghabiskan umpan. aku mancing tak lama. sejam lepas tu terus bersiap untuk balik sebab ada kerja kerja yang perlu dilakukan. muahahahaha.... jadi laa...