Wednesday, October 5, 2011

Woohoo Skytrex, Bukit Cerakah

Lokasi Woohoo: Skytrex, Bukit Cerakah
Waktu: Serius lupa.... :P

Ceritanya:
Siapa yang hati kering, lagi kering dari hati mat rempit. Korang boleh try aktiviti hardcore ni. Skytrex ni adalah aktiviti sukan lasak, dimana kita dikehendaki panjat pokok balak yang tinggi dan perlu loncat  dari pokok ke  pokok yang lain. Serius sukan ni tak sesuai untuk orang yang gayat ketinggian. Nak maklumat tambahan korang boleh browse laman web rasmi ni www.skytrex-adventure.com 

Huhuhuhu... Posting kali ni aku upkan gambar gambar yang sempat kiteorang snap. Enjoice.... :D

lokasi meting point sebelum ke Skytrex
Peta trek yang perlu di tempuh
Ni la group member yang join
Pucat!! Pucat!! menggeletor lutut
Sempoi... Steady jer Akmal
Gayat gayat.... pitam... pitam...
Woohoo terbang...
Menggeletor kaki tak habis lagi ni
Ambik spirit "semangat" jap...
Terbang lagi.....woohoo...
Serius memang tinggi....
Pose.. pose..
Titi Lubang lubang
Aku dah berjaya lepas... korang biler nak try?

Woohoo Sungai Chilling


Lokasi Woohoo : Sungai Chilling
Waktu: Oktober 2010 kot


Ceritanya:
Memandangkan trip lepas aku dan Yusman tak sempat mandi manda dekat sini. Kami buat  plan untuk repeat balik tapi kali ni ajak kawan kawan lain. Jadi member yang dapat join adalah Madi, Zul, Yusman dan aku.
Tengah study bunga
Comfirm!!! ada orang belum mandi :P
Sebelum sampai ke sungai yang dituju, kami singgah ke empangan sungai Selangor dulu untuk sesi tinjau meninjau. Tempat ni memang unik dan cantik, dari tepi empangan kita dapat lihat air keluar melalui lubang empangan. Serius seram, cuba bayangkan kalau ada orang berenang kat situ, lepas tu kena sedut dalam lubang laluan air tu. Comfirm turun ke bawah macam roller coster. Hehehehe...
Jalan jalan cari port picnic
Best best.... Macam macam stail ada.
Ni adalah antara snapshot yang kiteorang ambik, serius tempat ni seronok tapi kena hati hati sikit sebab ada tempat yang dalam dan deras.

Rama rama Sungai Chilling
Balik time!!!
Pose sebelum balik..
 p/s: Dengar cerita kat tempat ni ada air terjun cantik, tapi kena trekking hutan jauh skit... Siap ada ikan kelah berenang renang lagi..


Tuesday, October 4, 2011

Woohoo Fraser Hill


Lokasi Woohoo: Fraser Hill
Waktu:Lupa (sorry tiba tiba hilang ingatan)

Ceritanya:
Aku dan kawan aku Yusman asalnya nak cari port picnic best dan boleh pancing pancing sekali. Dari Ulu Kelang sampai Kuala Kubu Bharu kami jelajah. Part yang best sekali kami naik motor kapcai jer... kekeke... Memang syok raider long distance camni nasib baik tak patah pinggang.  
Empangan Sungai Selangor

Ramai jugak orang kami jadikan mangsa bertanya sepanjang pencarian port best ni. Sampai Ah So kedai runcit pun kami tanya. Mana la tau ada cadangan cadangan bernas yang boleh kami jadikan panduan. Maklumlah kami tak biasa lagi kat tempat ni apatah lagi ride kali ini tanpa sebarang peta ataupun GPS. Agak agak korang, cool tak kalau motor kapcai pasang GPS. Hehehehe....
Sedara Sungai Chilling

Penemuan lokasi best yang kami temui adalah hutan rekreasi Sungai Chilling. Syok jugak lokasi ni, air sejuk, bersih dan nyaman. Dengar dengar kat tempat ni ada Santuary Ikan Kelah. Tetapi tak sempat explore. Sungai ni sesuai jugak kalau nak berendam untuk  sejam dua. Tapi memandangkan hari dah lewat, aku dan Yusman bercadang  mencari tempat penginapan yang berdekatan. Tetapi perancangan itu meleset sama sekali kerana cari punya cari kami dah sampai Bukit Fraser atau lebih dikenali Fraser's Hill. Giler jauh tersasar dari zon lokasi pencarian. Yang paling tak tahan sekali naik motor kapcai jer.
Dah sampai Fraser Hill buat pertama kali :D
Memandangkan budget kami ciput, terus kami tanya kaunter hotel. "Bang bilik mana paling murah." Nasib baik ada kekeke....  Siap brader kaunter tu tanya kiteorang naik apa datang sini. Tanpa segan silu kami kata naik motor kapcai jer... hahahaha... Dia ingat kami naik superbike maklumlah dress up code macam naik motor besar...
Sejuk ooo... lagi trill kalau pakai seluar pendek jer...
Menjelang malam kami ronda ronda bukit ni naik motor. Tup tup kena tahan polis depan balai. Mengelabah jugak la, habis kami kena soal siasat. Nasib baik tak kena saman sebab helmet tak pakai, side mirror motor hilang. Dalam otak dah pikir habis la kopak duit. Secara automatiknya kami berdiplomasi dengan polis tersebut dan akhirnya berjaya jugak mengelak dari saman. Terima kasih sebab lepas kan kami, kami sedar kami salah dan polis hanya menjalankan tugas.
Pose!! pose!!
Keesokkannya kami ronda semua hotspot atas bukit ni... trill jugak, maklumlah jalan berkabus. Seronok jugak tempat ni sebab tempat ni sejuk, permandangan english stail, mendamaikan dan sesuai untuk orang bercuti yang mempunyai kepala serabut. kakakaka...

p/s: mana la aku letak gambor aku pose sebelah keta lotus hijau... tetiba missing... ;(


Woohoo Walk for Health (MICCOS)

Lokasi Woohoo: Presint 2, Putrajaya
Waktu: Oktober 2011

Ceritanya:
Aktiviti kali ni dirancang oleh Fariz. Best friend kat ofis aku. Tiba tiba dia call ajak join event ni jadi peserta larian. Memandangkan aku free time tu secara automatiknya aku agreed. Hehehe... Untuk posting kali ni aku akan up kan gambar gambar yang aku rembat dari member dan dari halaman facebook MICCOS. Lalalala... :D ( Camera aku tak bawak sebab memory card tertinggal kat ofis )

Yeah.... Dah mendung.. harap harap tak hujan
Kalau aku tau aku bawak baby aku sekali...
Wei.... cepat nyorok... paparazi datang
Cak..
Control control... (aku, fariz dan huzaimie)
Mana aku?
Kenal tak.... Airil AF

Jambu tak kiteorang... pose sana sini

Ni kenal tak.... Mila AF...

MC: 'Jangan risau yer... tangga ni kuat lagi"

Try cari... mana kiteorang
 Tu jer la gambar yang aku dapat.... Event ni agak santai dan rilek. Tahniah kepada peserta peserta yang dapat cabutan bertuah... Sedih sebab tak dapat ipad... huuuu :P