Monday, October 31, 2011

Malaysia Internatioanal Dragon Boat Festival -update

Lokasi Woohoo: Pullman, Putrajaya
Waktu: Oktober, 2011

Ceritanya:
Ni adalah entry untuk hari yang kedua festival tu. Niat nak ajak keluarga aku jalan jalan tengok Dragon Boat. Atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami tiba lewat dan jadi aktiviti lepak lepak jer la...  Sambil sambil tu bleh aku asah skill fotografi aku... keh keh keh... Enjoice the snapshot... :D

p/s: nasib baik leh tangkap gambor naik dragon boat.... kekekeke

Sunday, October 30, 2011

Malaysia International Dragon Boat Festival

Lokasi Woohoo: Pullman, Putrajaya
Waktu: Oktober, 2011

Ceritanya:
Sebenarnya, aku tak tahu pun ada event dekat Pullman Putrajaya. Niat nak pergi klinik sebab Sara batuk selsema tak baik lagi. Lepas pergi klinik, alang alang dah keluar rumah aku pun ajak wife aku pergi jalan jalan sekitar Putrajaya. Al maklum lah tempat ni belum habis round lagi.. Lokasi yang menerjah akal untuk dikunjungi adalah Pullman Putrajaya. Serius dah 2 tahun tinggal Putrajaya tapi belum jejak kaki lagi kat tempat ni.

Sampai sampai jer kiteorang nampak sign board Dragon Boat Festival. Dari jauh boleh nampak ramai orang kat tepi tasik tu. Apa lagi dengan penuh excited kami terus terjah ke sana. Hehehehe.... :P

Sebelum kiteorang ronda ronda tengok festival tu. Kami gi main tangkap tangkap gambar sekitar Pullman.. serius kawasan ni memang cantik dan menarik. Macam macam idea keluar untuk tangkap gambar. Ni la antara gambar pilihan aku snap kat situ...
Sara: Apo ni... [pelik tetiba duduk atas pasir]
Mama sayang Sara
Muka baru bangun tido
Sara: Boleh ke pose camni papa
Mode ngantuk lagi...
Gambor tepi tasik (original)
Gambor yang sama (Edited to HDR)

OK berbalik ker tajuk asal, Malaysia International Dragon Boat Festival ni memang meriah. Macam macam orang ada, maklumlah International.... Team Malaysia ada, Filipine ada, Australia ada... dan banyak lagi. Yang kagumnya ada dari team peserta yang terdiri dari pengidap kanser. Yang aku perasan ada team pink ni yang terdiri dari  Minah Saleh warga tua pakai baju membawa mesej "Abreast in a Boat". Memang fighter la diorang ni.. walaupun diorang mengidap cancer tapi tu tak bermakna benda tu dapat menghalang semangat diorang...

Ni la Dragon nyer hehehe
4 dragon kena tambat...
Ni la Team "Abreast in a Boat"
Team Kicap " Lee Kum Kee"
Peserta tengah ambil posisi
Team mama.... Pink Afro kekeke
Sara main gendang huhuhu
Akhirnya senyum jugak Sara...
Baju in aku dah beli satu kekeke...

Sunday, October 16, 2011

Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu

Lokasi Woohoo: Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu
Waktu: Oktober, 2011

Ceritanya:
Fresh... Marbelous.... serius seronok pergi tempat ni. Memang lain dari yang lain. Flora dan fauna memang terjaga rapi. Ikan pun banyak berenang renang bebas. Bagi yang belum pernah sampai sini.. enjoice the snapshot.... Muahahahaha..... gelak jahat tanda puas...:D

Pintu Masuk
Buka Jumaat-Ahad (RM1 seorang)
Datang la wahahaha
Ikut panduan map.. tak pun tanya Ranjer...  kekeke
Hint: lepas jambatan ni belok kiri dan ikut trek..
Smart tak kekeke
Mode trek: easy, Cross river : 6 times
Lintasan 6: Final river crossing
Ikan oh ikan.... serius banyak... best kan...
Finally, reaching Chilling Waterfall
Aku dan Yusman... baru habis menyelam...
Indah, cantik, memang berbaloi baloi
Paku pakis purple..
Kiteorang dah sampai.... korang? :P

Wednesday, October 5, 2011

Woohoo Skytrex, Bukit Cerakah

Lokasi Woohoo: Skytrex, Bukit Cerakah
Waktu: Serius lupa.... :P

Ceritanya:
Siapa yang hati kering, lagi kering dari hati mat rempit. Korang boleh try aktiviti hardcore ni. Skytrex ni adalah aktiviti sukan lasak, dimana kita dikehendaki panjat pokok balak yang tinggi dan perlu loncat  dari pokok ke  pokok yang lain. Serius sukan ni tak sesuai untuk orang yang gayat ketinggian. Nak maklumat tambahan korang boleh browse laman web rasmi ni www.skytrex-adventure.com 

Huhuhuhu... Posting kali ni aku upkan gambar gambar yang sempat kiteorang snap. Enjoice.... :D

lokasi meting point sebelum ke Skytrex
Peta trek yang perlu di tempuh
Ni la group member yang join
Pucat!! Pucat!! menggeletor lutut
Sempoi... Steady jer Akmal
Gayat gayat.... pitam... pitam...
Woohoo terbang...
Menggeletor kaki tak habis lagi ni
Ambik spirit "semangat" jap...
Terbang lagi.....woohoo...
Serius memang tinggi....
Pose.. pose..
Titi Lubang lubang
Aku dah berjaya lepas... korang biler nak try?