Monday, February 8, 2010

Woohoo Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland)


Lokasi Woohoo: Cameron Highland
Waktu: Feb 2010

Ceritanya:
Pertama sekali, aku ucapkan terima kasih kerana ada rakan yang sudi sponsor bulan madu kami... i love u all...(tapi aku lagi loving bini aku tau..) hehehehee...

Untuk makluman, ini honeymoon ke-3 aku... seronok jugak sebab ada orang sponsor... pakej dia 3H2M... dengan semangat berkobar-kobar aku try datang sebelum noon jumaat sebab check-in kul 3 pm tapi bini aku x dapat cuti... dengan gigihnya lepas opis hour kiteorang terus shoot dari putrajaya gi cameron highland(thanks to mr. google sebab show maps utk aku elak traffic jam huhuhuhu...)

untuk ke sana aku guna highway utara selatan pastu ambik simpang keluar ke Tapah. Sebelum ke Simpang tapah tu... leh la berenti kat R&R tapah.. habis set dinner plate KFC aku sental...

Sebagai garis panduan untuk drive malam panjat cameron highland... diingatkan banyak lori sayur saiz bagak yang naik turun cameron tu... so pandu berhati-hati... guna la skil memandu anda yang berhemah supaya selamat sampai atas puncak tu... huhuhuhu

banyak jugak tempat kiteorang ronda... antaranya Bee Farm, Butterfly Farm, Strawberry Farm, Cactus garden,Flower Garden, kilang teh BOH Sg Palas, ladang teh Bharat, Puncak Gunung Brinchang, Pasar malam pekan Brinchang, Kea farm,Kg. Mesra, Parit Fall dan Lata Iskandar.

No comments:

Post a Comment