Friday, June 24, 2011

Woohoo Tasik Banding

Lokasi Woohoo: Tasik Banding
Waktu: Jan 2009

Ceritanya:
Ni merupakan trip pertama aku ke Tasik Banding. Atas urusan rasmi aku dikehendaki untuk menjadi urusetia kursus untuk staf di sana.... kekekeke.... Memandangkan lokasi kali ini di tasik, joran pun perlu di bawa sekali untuk menduga penunggu tasik berkenaan.Tapi aktiviti mancing ni waktu bebas jer la... kang kursus ke mana.. pancing ke mana kakakaka....
Syok nyer kena angin... layan~
Cantik dan hijau.... sejuk mata memandang
Antara aktiviti sepanjang kursus yang best sekali adalah water rafting dan water confident training. Macam macam gelagat boleh lihat di wajah peserta. Peserta peserta dikehendaki membina rakit pelampung untuk belayar ke pulau seberang. Beraneka design rakit diorang cipta... kalau pecah tengah tasik nasib ler kekekeke....
Urusetia naik speedboat... peserta naik slowboat :P
Aktiviti paling best... water confident training
Dekat sini dibenarkan pancing, kalau dapat ikan  ikut nasib la. Kalau nasib baik ada la ikan. Aku mancing dekat gigi gigi pulau jer. nasib kurang baik sebab ikan sume dah kenyang kakakaka... Orang cite,kat situ ada orang mancing dapat ikan kaloi besar kuali... Penunggu pun ada, kalau rasa semacam tu cecepat la balik kekekeke...
 
Spiderman... Spiderman... lalalala
Pancing time hohohoho
Hai "Penunggu Tasik" mana kau!!!
Penunggu Tasik : "Apa barang bagi umpan ni... aku nak KFC"
Next aktiviti yang best ialah jungle trekking, peserta kena keliling pulau melalui laluan hutan. Seronok!!! banyak pokok pokok yang boleh dipelajari sepanjang perjalanan. Kebetulan jumpa tongkat ali, apa lagi... separuh mati nak mencabut pokok ni. Sampai di pitstop sume boleh rehat dan menjamu kuih sambil makan teh o tongkat ali. Serius memang power, rasa letih terus hilang dan cergas kembali. Memang tak sama dengan minum teh atau kopi peket kat pasaran.
Indah nya~ Tetiba rasa kerdil diri ini hehehe...
Jungle Trekking keliling Pulau...
hohoho tetiba jumpa tongkat ali ;)
Sampai hujung Pulau, layan teh kelat tongkat ali dulu..
Kesimpulan nya trip kursus kali ni memang best dan happening. Bila la Training Officer nak buat lagi kursus macam ni... lalalalala...~

2 comments:

  1. waaauuu! sungguh IT blog ini.. hehehehe.. mmg mencirikan student ftsm.. iklan pn bukan nuffnang.. hahaha..
    interesting la ain.. :)
    nti akan selalu menyinggah kt sini..

    ReplyDelete
  2. hahaha... kopi+paste jer... tak larat nak memikir coding...
    Anyway... thanks nina
    cause you give me spirit spirit of the "coin" eh... "blogging" :)

    ReplyDelete