Monday, June 27, 2011

Woohoo 60 Earth Hour Singapore

 
Lokasi Woohoo: Singapore
Waktu: Mac 2009

Ceritanya:
Ni semua iphone punya pasal, maklum lah iphone tengah meletop time tu hehehe... Tiba tiba turun idea dekat Seri Kembangan untuk kembara ke Singapore untuk survey harga iphone.Cuba bayangkan... buat macam singapore tu dekat macam Low Yatt hahaha... Petang tu jugak aku dengan my friend iaitu  Ady Hameme buat pasport, datang buat pasport time opis nak tutup pulak tu. Secara automatik kiteorang jadi pelakon handalan dengan berikan macam macam alasan dengan muka confident... nasib baik pegawai tu tak nangis huhuhu...

Sampai sana kami ronda ronda Singapore naik MRT sebab senang. Beli tiket day pass pastu jalan sepuas hati, bestkan... nak tercabut kaki hahaha...
Pin Pin.... MRT dah sampai
Kebetulan waktu ke sana ,berlangsung sambutan Earth Hour. Apa lagi, kesempatan ini kami ambil untuk melihat dan menimba pengalaman di negara orang. Berpeluh jugak la sebab pengakutan utama kami adalah kaki, al maklumlah melancong budjet kecil. Cukup cukup nak hidup sampai besok kekeke...
Konsert Earth Hour  "yeah~ yeah~"
Standby... Lampu dah nak tutup~
Aummm Merlion menyembor
Wei.... sapa tutup lampu... Gelap!!!
Tempat ni jer terang sebab "Construction Site"

Keesokkan harinya baru kami ronda ronda cari iphone, habis semua shopping mall kami terjah... dah la penat semalam tak hilang lagi. Aku rasa berat badan aku pun dah turun sebab lemak terbakar sejak semalam. Sambil sambil mencari tu, kalau jumpa tempat menarik kami singgah jap... kira aktiviti melancong jugak la.. pakej 2 dalam 1.
Malay Heritage Center, Istana Kampung Glam
Tengah Cari Baghdad Street
Pose kejap.... di Istana Kampung Glam
Jom shopping di Bussorah Street huhuhu
Penat... layan "Teh Glam" jap huhuhu
Ni la Masjid Sultan... Memang meriah..
Masjid Sultan
Kesimpulan jalan jalan ni, kiteorang tak beli pun iphone hahaha.... last last beli kat Malaysia jer... hehehe... Tapi travel ni memang seronok dan puas... memang tak sama keadaan negara orang dengan negara sendiri... Ikut kata pepatah... hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri... :)

Friday, June 24, 2011

Woohoo Tasik Banding

Lokasi Woohoo: Tasik Banding
Waktu: Jan 2009

Ceritanya:
Ni merupakan trip pertama aku ke Tasik Banding. Atas urusan rasmi aku dikehendaki untuk menjadi urusetia kursus untuk staf di sana.... kekekeke.... Memandangkan lokasi kali ini di tasik, joran pun perlu di bawa sekali untuk menduga penunggu tasik berkenaan.Tapi aktiviti mancing ni waktu bebas jer la... kang kursus ke mana.. pancing ke mana kakakaka....
Syok nyer kena angin... layan~
Cantik dan hijau.... sejuk mata memandang
Antara aktiviti sepanjang kursus yang best sekali adalah water rafting dan water confident training. Macam macam gelagat boleh lihat di wajah peserta. Peserta peserta dikehendaki membina rakit pelampung untuk belayar ke pulau seberang. Beraneka design rakit diorang cipta... kalau pecah tengah tasik nasib ler kekekeke....
Urusetia naik speedboat... peserta naik slowboat :P
Aktiviti paling best... water confident training
Dekat sini dibenarkan pancing, kalau dapat ikan  ikut nasib la. Kalau nasib baik ada la ikan. Aku mancing dekat gigi gigi pulau jer. nasib kurang baik sebab ikan sume dah kenyang kakakaka... Orang cite,kat situ ada orang mancing dapat ikan kaloi besar kuali... Penunggu pun ada, kalau rasa semacam tu cecepat la balik kekekeke...
 
Spiderman... Spiderman... lalalala
Pancing time hohohoho
Hai "Penunggu Tasik" mana kau!!!
Penunggu Tasik : "Apa barang bagi umpan ni... aku nak KFC"
Next aktiviti yang best ialah jungle trekking, peserta kena keliling pulau melalui laluan hutan. Seronok!!! banyak pokok pokok yang boleh dipelajari sepanjang perjalanan. Kebetulan jumpa tongkat ali, apa lagi... separuh mati nak mencabut pokok ni. Sampai di pitstop sume boleh rehat dan menjamu kuih sambil makan teh o tongkat ali. Serius memang power, rasa letih terus hilang dan cergas kembali. Memang tak sama dengan minum teh atau kopi peket kat pasaran.
Indah nya~ Tetiba rasa kerdil diri ini hehehe...
Jungle Trekking keliling Pulau...
hohoho tetiba jumpa tongkat ali ;)
Sampai hujung Pulau, layan teh kelat tongkat ali dulu..
Kesimpulan nya trip kursus kali ni memang best dan happening. Bila la Training Officer nak buat lagi kursus macam ni... lalalalala...~

Wednesday, June 22, 2011

Woohoo Tasik Kenyir

Lokasi Woohoo: Tasik Kenyir
Waktu: Jun 2010

Ceritanya:
Genap setahun aku tak pergi tempat penuh misteri dan kejutan ni. Joran dah lama menggigil tergantung dekat rumah. Kammoon... geng bila nak buat next  trip ke Tasik Kenyir.
Klik! Klik! copat pose..
Ambik kau.... baik punya signboard :)
Boleh buat cover album ni...
Aku : "Pudin! agak agak ada ikan baham kaki tak"
Senjata senjata baik punyer
ikan oh ikan
kecik nyer ikan baung ni..  baru masuk tadika
macam mana nak pakai umpan sawit ni
Hasil tangkapan otai otai
Guna pancing udang jer ni...
baik punyer baung...
sodap ni...
Sifu tolong masak... ikan mulut seksi
Hah!! Hantu tasik dah muncul
Kriket A : "apasal kita ada kat sini ek~"

1,2,3, lekuk~ sapa tido aku ketuk
Ronda time
Best nyer naik bot kecik
Kekeke solam bersamo Kartunis Ujang~
banyak nya stok ikan
ikan ni pun ada...
eh eh ada kucing kat sini...
Tiger : "korang ingat korang jer nak mandi"
Aiseyman... dah kena balik ker...
Yay... Lubuk.net + Pancing.net