Thursday, September 22, 2011

Woohoo Pancing di Teluk Kampir dan Pantai Kerachut


Lokasi Woohoo: Teluk Kampir dan Pantai Kerachut, Pulau Pinang.
Waktu: September 2011

Ceritanya:
Trip memancing ni sebenarnya tidak dirancang awal. Sepatutnya waktu Hari Raya minggu pertama aku dan ayah mertua plan gi memancing memandangkan keadaan air laut sangat cantik mengikut kalendar Melayu. Tetapi disebabkan kondisi mata ayah mertua aku bengkak kerana disembur bisa En.charlie(kumbang rove) maka trip memancing cancel on the spot. 
Lepas sampai balik ke Putrajaya, aku terima mms gambar ikan ikan dipancing ayah. Boleh tahan jugak hasil tangkapan tu. Terus garu kepala sebab iri hati tak dapat join. Maka mula la aku mencari idea macam mana aku nak gi mancing memandangkan 2 joran baru custom made aku belum dirasmi lagi apatah lagi dapat lesen. Setelah dihitung hitung cuti, nasib baik ada cuti panjang hari malaysia. Terus aku maklum ke ayah mertua untuk balik Penang waktu cuti tu. Respon yang diterima, trip memancing ON. Yes berjaya jugak hehehe...

Jeti nelayan Sungai Pinang
Kami ambil bot di jeti Sungai Pinang di Balik Pulau. Seramai 6 orang join trip memancing kali ini... masalah trip mancing kali ni adalah kurang umpan hidup seperti udang. Adoi, nasib baik ada umpan timbang.. belasah jer la. hehehe....
Hutan Bakau Sg Pinang
vroom vroom... top speed...
Kami terus pecut ke Teluk Kampir sebab risau bot tak boleh keluar jeti sebab air laut semakin surut. Nasib baik tak de masalah yang berlaku. Sambil sambil tu kami try jugak menjala umpan. Umpan belanak banyak tetapi udang hidup kurang. Jadi la hehehe...
Udang takde la.. belanak ada la dalam 20 ekor
Sampai di lokasi memancing  masing masing terus menghunuskan senjata dan mencangkuk umpan lalu dilempar ke laut. Dalam 10 minit menunggu, zasss... kail Haji Ali mengena. Kerapu pertama berjaya didaratkan. Kemudian satu persatu ikan kerapu naik bot. Macam macam kerapu ada antaranya kerapu panau, kerapu singa dan  kerapu karang.   
ready... set... go...
Selesai jer port ni kami plan tukar port lain. Tapi sebelum tu nak jugak try menjala dekat Teluk Kampir. Mana la tau banyak udang.. Malangnya selepas 4, 5 kali tebar jala... hasil yang dapat agak hampeh... En Buntal ada la... kekeke
Teluk Kampir
Misi menebar jala... hohoho
Lubang Penyu Bertelur
En Umpun Umpun alien
En Buntal Lawok...
Air sungai pun ada.... leh buat mandi... sejuk gak..
Selesai menjala kami pun sambung memancing ke port kedua... kali ni agak ke tengah sedikit dekat batu besar. Respon agak baik cuma ikan kurang menarik sebab banyak ikan duri dan agak bernasib baik kami dapat seekor semilang sesat. Boleh tahan jugak saiz... ikan of the match buat trip kali ni. hehehe
Man of the match... Pakcik Ali
Ni la ayah mertua aku.... huhuhu
Selain ikan yang disebut tadi, antara hasil pancing yang kami dapat adalah ikan gelama, En buntal, En Ketam dan En karang mati kekekeke... kami try jugak memancing di Pantai Kerachut untuk menduga ikan kerong aka En vampire tapi tiada respon... air pun agak keruh waktu tu... nasib la. Sekali skala nampak jugak En Penyu menimbulkan diri, first time bagi aku tengok penyu live dekat habitat dia.. agak teruja jugak hehehehe..
Panas tapi best... nasib baik bot ada bumbung...
Balik Time...
Memandangkan Hari dah semakin petang dan respon ikan agak kurang kami setuju untuk pulang. Sebelum tu sempat jugak kami siar siar jap.Antara benda yang menarik kami jumpa En Memerang yang power tangkap ikan dan Batu Penyu mendarat. Sory la gambar memerang tak sempat nak snap.. hehehe
Sapa nampak batu penyu mendarat
ni la hasil pancingan trip kali ni
Yang ni ikan yang aku pancing... dapat 5 kerapu.
Tu je la story buat kali ni... Balik jer rumah abang ipar aka abang mamat terus ajak aku ikut trip mancing pada 4 oktober ni. Tapi trip kali ni pancing dekat tengah laut... sory la sebab aku tak leh join sebab hari bekerja... next time ok.. :D